Posts Tagged ‘jawatan kosong’

Jawatan Kosong – Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Friday, March 5th, 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang tersebut di bawah ini:-

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11
2. Pemandu Kenderaan Gred R3
3. Pekerja Awam Khas Gred R3
4. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Cara Memohon
(i) Hanya permohonan online sahaja akan diterima. Permohonan
boleh dibuat melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my.
(ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk temuduga.
(iii) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang
telah disahkan serta gambar berukuran passport semasa
temuduga.
(iv) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga
jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
(v) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam
(6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
(vi) Tarikh tutup permohonan: 15 Mac 2010.

Jawatan Kosong – PERKESO

Friday, March 5th, 2010

PERKESO ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa,mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 dan Peraturan–Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO termasuklah rawatan perubatan, pembayaran faedah hilang upaya sementara dan kekal serta pemulihan. Melalui 45 buah cawangan di seluruh Negara,PERKESO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dengan memberikan maklumat yang tepat dan cepat serta sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan pekerja dan majikan. Sejajar dengan rancangan pengembangan PERKESO, kami menjemput mereka yang berminat dan menyertai kami sebagai:

1. AKAUNTAN GRED 25
2.JURUANALISA SISTEM GRED 24
3.JURUANALISA SISTEM GRED 24

CARA MEMOHON:
1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang PKS (T) 70 yang boleh didapati dari mana-mana cawangan PERKESO diseluruh negara ataupun melayari laman Web PERKESO di www.perkeso.gov.my untuk memuat turun borang permohonan.
2. Permohonan daripada penjawat awam/Badan Berkanun hendaklah mengemukakan salinan rekod perkhidmatan dan laporan prestasi tahunan yang dikemukakan melalui Ketua jabatan dan pengesahan majikan (testimonial) bagi permohonan dari sektor swasta.
3. Permohonan hendaklah di hantar melalui pos dengan menyertakan butir-butir peribadi (resume),salinan kelayakan akademik dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan, gaji terkini beserta salinan slip gaji dan gambar berukuran passport ke alamat di bawah.

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
281, JALAN AMPANG, 50538 KUALA LUMPUR

Tarikh Tutup : 15 Mac 2010 (Isnin).

Jawatan Kosong – Majlis Daerah Pontian

Tuesday, February 16th, 2010

Iklan kekosongan jawatan – 12 Feb 2010

Jawatan yg ditawarkan :

1. Juruteknik – Tetap
2. Penolong Jurutera – Tetap
3. Pembantu Penilaian – Kontrak

Untuk keterangan lanjut lawati Majlis Daerah Pontian.